Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berkenaan tentang situasi di Iraq pada hari ini (Rabu), al-Maliki berkata krisis keselamatan yang dialami negaranya adalah hasil perbuatan musuh-musuh politik.
"Anda mendengar bahawa Saudi, Qatar dan beberapa media Arab yang lain memanggil mereka sebagai pejuang revolusi manakala askar Iraq dikatakan sebagai militan mazhab, namun mereka terlupa bahawa mereka tinggal di negara-negara yang mempunyai semangat sektarianisme dan peminggiran golongan minoriti," kata al-Maliki sambil menambah, "Kami nyatakan perkara ini kepada mereka dan para sahabat-sahabat kita, termasuk saudara-saudara Arab bahawa terrorisme tidak hanya terhad dalam sempadan Iraq," pesan al-Maliki.
Beliau turut menyatakan rasa optimis dengan keupayaan Iraq dalam menangani krisis ini.
Katanya lagi, pihak tentera akan meneruskan operasi menentang kumpulan Takfiri ISIL sehingga mencapai kemenangan. Beliau turut menghargai Marja' Taqlid Ayatullah al-Uzma Sayid Ali al-Sistani yang mendorong sukarelawan-sukarelawan bergabung dengan tentera dan membantu kerajaan.
Setakat ini lebih dari dua juta penduduk Iraq yang telah menyertai angkatan sukarela untuk memerangi militan Takfiri.
Kumpulan pengganas ISIL sebelum ini mengancam untuk bertindak menyebarkan aksi-aksi ganasnya di beberapa kota lain termasuk Baghdad.
Pada 10 Jun lalu, militan ISIL berjaya menawan Mosul dan kota Nineveh yang diikuti kejatuhan Tikrit, 140 kilometer Barat Laut Baghdad.
Perdana Menteri Iraq juga turut menyalahkan Arab Saudi dan Qatar sebagai dalang krisisi keselamatan dan peningkatan keganasan dalam negaranya. Nouri al-Maliki turut mengumumkan Riyadh sebagai penyokong utama keganasan global.